Personaliti media sosial, Ryan Bakery mendedahkan dia pernah ditipu sebanyak ratusan ribu ringgit sehingga membuatkan dia mempunyai masalah ‘trust issue’.
Susulan perkara itu, Ryan berkata dia kini menjadi semakin berhati-hati dalam berurusan dengan mana-mana pihak yang ingin menggunakan khidmatnya.
“Saya dah banyak kali kena tipu fasal duit… rasaya hampir ratusan ribu juga saya rugi bila pengasas produk cabut lari selepas video review dah siap dibuat.
“Ada juga yang buat pembayaran lambat seperti dijanjikan.
“Bagaimanapun, saya halalkan saya semua itu… malas nak panjangkan cerita.
“Disebabkan pernah kena tipu, saya jadi susah nak percaya orang dan berhati-hati menjawab panggilan.
“Saya minta maaf kepada mana-mana pihak yang terasa terutama kepada media yang susah nak dapat hubungi saya sebelum ini,” katanya.
Sementara itu, Ryan tercalon menerusi Gempak Most Wanted Awards (GMWA2022) dalam kategori Digital Content Creator Tergempak bersama empat pesaing lain iaitu Khairul Aming, Mek Yun, Syahmi Sazli dan Namie. – BOOM!