Baru-baru ini artis K-pop terkenal, Jackson GOT7 muncul sebagai bintang tamu di WOODY FM, Thailand.
Dia telah berkongsi banyak perkara yang menarik, termasuk mengenai tabiat luar biasanya semasa tidur.
Perbualan itu bermula ketika Jackson ditanya tentang bagaimana dia bersantai di rumah. Menjawab hal ini, Jackson berkata bahawa dia biasanya tidur dalam keadaan bogel.
Ketika hos mengatakan bahawa dia merasa aman menggunakan pakaian semasa tidur, Jackson memberi pendapat berbeza.
Jackson berfikir bahawa menggunakan pakaian semasa tidur memberi batasan antara tubuh dan tempat tidur itu sendiri.
“Hanya berikan waktu itu untukmu tanpa pakaian di tempat tidur. Tempat tidur tidak akan nyaman jika kamu memakai pakaian,” hujahnya penuh semangat. – BOOM!