Michael Ang tampil menyelar tindakan dua pempengaruh yang baru bercerai, selepas pertelingkahan mereka di media sosial menjadi perhatian ramai.
Menerusi hantaran di Instagram, Michael meluahkan rasa kecewa terhadap sikap kedua-duanya yang dianggap kebudak-budakan.
“Apa punya bod*h manusia, bergaduh macam budak-budak. Satu Malaysia busy pasal banjir, dia boleh minta pulangkan hidung dan kereta balik!”
Michael turut mencadangkan agar pasangan itu menyelesaikan isu mereka, termasuk tuntutan harta, di mahkamah dan tidak lagi membuka aib masing-masing di media sosial.
“Apa pergi la settle dekat mahkamah pasal harta, lepas tu post gambar-gambar aib sebelum dan selepas renovate satu badan dan muka! Tak baik dik!”
Sindiran pedas Michael itu turut merujuk kepada iklan kontroversi dari China, di mana seorang lelaki menyaman isterinya kerana rupa anak mereka tidak menyerupai kedua-dua ibu bapa, lalu mendapati isterinya telah menjalani pembedahan plastik.
“Tiba-tiba teringat iklan China tu. Tak baik, tak baik!” tambahnya lagi.
Di ruangan komen, ramai warganet menyokong kenyataan Michael walaupun pengarah itu tidak menyebut nama individu yang terlibat secara langsung.
Bagaimanapun, ramai percaya sindiran itu merujuk kepada pertelingkahan antara usahawan dan pempengaruh Cik Epal dengan bekas suaminya, Jofliam.
Sebelum ini, Cik Epal meminta bekas suaminya menjual kereta mewah mereka dan membahagikan hasil jualan secara adil. Namun, Jofliam hanya bersetuju jika Cik Epal ‘mengembalikan hidungnya’, merujuk kepada dakwaan pembedahan yang pernah dilakukan.
Pertelingkahan ini bukan sahaja menjadi perbualan hangat netizen, malah turut mencetuskan rasa meluat di kalangan mereka yang mengikuti perkembangan pasangan tersebut. – BOOM!