Afreena Suhaimi, isteri kepada pelawak dan pelakon Along Cham, meluahkan sokongan kepada suaminya yang kini berdepan dugaan besar dalam hidup. Dalam hantarannya di Instagram, Afreena percaya bahawa setiap ujian yang sukar pasti akan digantikan dengan kebaikan oleh Allah.
“Awak adalah dunia saya. Saya tahu sukar dan sakit untuk dilalui, tetapi percayalah Allah akan menggantikan dugaan ini dengan perkara lebih baik. Bertahan ya sayang, saya tahu bukan mudah. Saya sentiasa ada untuk awak,” tulisnya.
Afreena turut menegaskan bahawa rumah adalah tempat sebenar suaminya dan menyatakan komitmen untuk terus setia bersama Along.
“Tidak kisah apa sahaja orang mahu bercakap fasal awak, saya sentiasa akan berada di sisi dan mempertahankan awak. Saya akan tunggu dan tidak akan meninggalkan awak walau sesaat,” tambahnya.
Sebelum ini, Along Cham, atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 41, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen dan Majistret atas pertuduhan memiliki dadah jenis kanabis seberat 58.23 gram.
BACA: Along Cham Didakwa Miliki Ganja, Rayuan Jaminan Ditolak
Kesalahan itu didakwa berlaku di sebuah rumah di Laman Lakeview, Cyberjaya, pada 14 Disember lalu. Jika sabit kesalahan, Along berdepan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun serta sekurang-kurangnya 10 sebatan.
Hakim Ahmad Fuad Othman tidak membenarkan ikat jamin dan menetapkan 27 Januari depan sebagai tarikh serahan laporan kimia.
Walaupun dihimpit ujian berat, kasih sayang dan sokongan padu daripada Afreena jelas memberi Along kekuatan untuk terus tabah menghadapi cabaran ini. – BOOM!