Shermine Ah Moi tampil memberi penjelasan kepada netizen yang mempersoalkan tentang anak-anaknya yang bercuti bersama bekas suaminya, View Chin, dan teman wanitanya, Mira.
Dalam video di TikTok, Ah Moi menjelaskan bahawa dia telah dimaklumkan tentang percutian tersebut lebih awal dan memberikan pesanan kepada anak-anaknya.
“Semua tentang mereka saya tahu. Sebelum mereka bercuti dengan ayah diorang, saya dah beritahu anak-anak dengan siapa mereka akan berjumpa nanti. Saya pesan kepada anak-anak supaya hormat mereka berdua (View Chin & Mira),” katanya.
@sherminehauahmoi_dqThank you korang support ahmoi❤️ Ahmoi harap ahmoi akan berjumpa lelaki yang baik jugak Bagi ruang saya dengan Ex kita dah masing2 ada hidup sendiri Ahmoi pun doakan Ex akan baik2, business lebih bagus 2025 we need to meet our New life and New journey☺️♬ keshi Chill R&B Guitar Type Beat Ripple – 4Hunnid
Ah Moi turut menasihatkan anak-anaknya agar tidak menyimpan perasaan kurang senang terhadap bapa mereka atau teman wanita baharunya.
“Saya cakap kepada mereka jangan berbelah bahagi sebab apa-apa pun dia tetap ayah korang. Walaupun dah bercerai, kami tetap ibu ayah korang. Akan sama-sama jaga dan sayang korang,” tambahnya lagi.
Mengenai hubungannya dengan View Chin, Ah Moi meminta netizen tidak risau kerana mereka sudah membawa haluan masing-masing dan saling move on.
“Macam saya cakap, kami dah move on. Ayah mereka dah ada teman wanita. Walaupun sekarang saya masih single, tapi kalau satu hari nanti saya ada jodoh, saya pun akan bawa teman lelaki saya jumpa anak-anak. Nak dia sayang anak-anak saya juga,” ujarnya.
Sebelum ini, View Chin memuat naik video percutian bersama dua anaknya dan Mira di sebuah pusat peranginan, yang menarik perhatian ramai.
Ah Moi berharap penjelasannya dapat menghentikan sebarang spekulasi dan memastikan semua pihak memahami keadaan sebenar. – BOOM!