Penyanyi dan pelakon, Sufian Suhaimi mengesahkan bakal menamatkan zaman bujangnya bersama Rania Al-Sadat pada hujung tahun ini atau Januari 2024.
Menurut Sufian, video tular tersebut bukan gimik sebaliknya ia dirakam ketika majlis merisik yang berlangsung pada Ahad lalu di kediaman keluarga Rania.
“Alhamdulillah, majlis merisik itu berjalan dengan lancar dan ia sama sekali bukan gimik untuk pembikinan muzik video lagu baharu saya atau sebagainya.
“Saya memang dah sedia untuk tamatkan zaman bujang.
“Saya dan Rania merancang untuk majlis perkahwinan kami diadakan pada Disember depan atau Januari 2024, bergantung pada lokasi majlis dan segala persiapan kami berdua,” katanya.
Pada masa sama, dia berterima kasih kepada semua yang mendoakannya dan kekasih dan berharap urusan ke jinjang pelamin dipermudahkan.
Terdahulu, tular satu hantaran video di TikTok yang menunjukkan Sufian hadir kediaman Rania bagi tujuan merisik.
BACA: [V] Sufian Suhaimi, Rania Al-Sadat Bertunang?
Sebelum ini, kisah hubungan penyanyi lagu Di Matamu itu bersama Rania pernah menjadi perhatian media pada April lalu ketika mereka hadir di majlis perkahwinan penyanyi dan pelakon Aiman Tino.
Namun, Sufian sekadar memperkenalkannya dengan panggilan ‘Sayang’ dan berusia 23 tahun serta memaklumkan mereka saling mengenali daripada kawan pada tahun lalu. – BOOM!
Sumber: HARIAN METRO