Pempengaruh media sosial dikenali sebagai Fais Al-Hajari menegur Puteri Sarah yang dianggap keterlaluan apabila berbicara tentang poligami.
Fais yang juga pengamal poligami berkata, Puteri Sarah tidak sepatutnya menyamakan situasi dialami dalam rumah tangganya dengan orang lain.
“Puteri Sarah Liyana, saya nak nasihat satu je – JANGAN OVER. Memang rumahtangga anda hancur dan memang kehancuran tu disebabkan antara lain oleh sikap si lelaki, tapi itu x bermakna anda ada hak untuk mempengaruhi wanita-wanita lain menghancurkan rumahtangga mereka pula,” sindirnya.
Tambah Fais lagi Puteri Sarah tidak sepatutnya menyalahkan pihak lain ketika menyentuh tentang isu ‘Abang Tesla’ yang tular baru-baru ini.
Kata pempengaruh itu lagi, hujah Puteri Sarah tentang perkahwinan toxic juga tidak kena kerana seolah-olah menuduh rumah tangga ‘Abang Tesla’ sebagai bermasalah.
Dia juga meminta bekas isteri kepada Syamsul Yusof itu supaya sentiasa beristigfar daripada menjadi pejuang wanita, kononnya.
Terdahulu Puteri Sarah hanya mengulas mengenai kandungan yang dimuat naik ‘Abang Tesla’ di Instagram Storynya sebelum mendapat perhatian Fais yang menyelar pandangan dilontar pelakon tersebut.
Fais Al-Hajari pernah mendapat liputan media beberapa tahun lalu selepas secara terbuka mengakui mengamalkan poligami. – BOOM!