Penyanyi asal Sabah, Andi Bernadee memberitahu dia kini lebih berhati-hati dalam menggunakan media sosial dan tidak mahu terlalu terbuka berkongsi kisah peribadi.
Andi atau nama sebenar Andi Azrul Andi Mapangile, 31, berkata, keputusan itu dibuat kerana mahu menjaga privasi diri serta bimbang menjadi mangsa penipuan untuk kali kedua.
“Saya sebenarnya belajar daripada pengalaman yang terjadi sebelum ini sebab dulu memang kerap kongsikan di media sosial hingga ada yang mengambil kesempatan.
“Dari tahun 2021 lagi memang saya sudah perlahankan sedikit aktiviti di media sosial dan enggan terlalu mendedahkan kehidupan peribadi.
“Kalau dulu mungkin orang tengok saya suka buat konten tapi macam sekarang ini, saya ada kehidupan yang lebih seronok dan tak perlu rasanya nak dedahkan kepada umum,” kata Andi.
Untuk rekod, Andi pernah ditipu oleh rakan baiknya sehingga menyebabkan dia kerugian hampir RM70,000 pada tahun 2021. – BOOM!