Hantaran Instagram terbaru pelakon Mimi Lana mengenai isu orang ketiga dalam perhubungan telah mencetuskan perhatian di kalangan warganet.
Mimi, atau nama sebenarnya Rozaiana Zainal Abidin, meluahkan pandangan mengenai wanita yang digelar ‘penyondol’ dalam nada tegas.
Dalam kapsyennya, Mimi, 29, berpendapat bahawa untuk menjadi penyondol, kecantikan fizikal bukanlah syarat utama. Apa yang lebih diperlukan, katanya, hanyalah lelaki yang “tak reti bersyukur.”
“Nak jadi penyondol tak perlu cantik, kurus, dan putih. Penyondol cuma perlukan lelaki yang tak reti bersyukur, tak guna, dan tak sedar diri,” tulisnya, dengan memilih lagu Pudar nyanyian Datuk Rossa sebagai latar muzik hantaran tersebut.
Ruangan komen hantaran tersebut turut dibanjiri sokongan warganet yang seolah-olah bersetuju dengan kenyataan Mimi itu.
“Ya, betul. Selalu penyondol lagi hodoh berbanding isteri.”
“Kapsyen dia mendalam puas hati.”
“Pemerhatian saya, penyondol ni suka lelaki atau suami yang tak reti bersyukur dengan pasangannya, tak kira yang kaya atau tidak.”
Difahamkan, Mimi kini sedang membintangi drama terbaharu, Andai Tiada Dia, di mana dia membawakan watak sebagai seorang ‘penyondol’. Watak yang sama dalam dunia lakonan kini seakan-akan mencerminkan pandangan peribadi pelakon ini mengenai isu orang ketiga. – BOOM!