Baru-baru ini, tular mengenai seorang pelawak yang juga bekas peserta program realiti komedi tempatan ditahan polis atas dakwaan serius melibatkan seorang gadis berusia 20-an di Johor Bahru.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, mengesahkan lelaki berusia lingkungan 40-an itu kini direman selama lima hari, bermula semalam hingga 2 Disember, bagi membantu siasatan.
Susulan berita tersebut, nama pelawak Tauke turut dipetik dalam spekulasi netizen, mencetuskan pelbagai andaian di media sosial. Namun, Tauke segera tampil memberi isyarat seolah-olah menafikan dirinya terlibat melalui satu hantaran video di Instagram.
Dalam video tersebut, Tauke dilihat santai menikmati minuman di Al-Ulum iMart & Cafe, sambil memaparkan suasana yang tenang.
Ruangan komen hantarannya dipenuhi dengan sokongan netizen yang menyatakan pelawak tersebut bukanlah individu yang ditahan. Mereka turut mengingatkan orang ramai agar tidak terburu-buru membuat tuduhan tanpa bukti kukuh.
Netizen diingatkan untuk memberikan ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan adil dan menghentikan spekulasi yang boleh mencemar nama baik individu lain. – BOOM!