Pelakon jelita Raline Shah kembali mencuri perhatian, kali ini dengan khabar angin cinta yang hangat diperkatakan. Selepas tular gosip mengenai perkahwinan dengan Ketua Pegawai Operasi firma kripto, Brian Armstrong, kini muncul pula spekulasi baru mengenai kekasih hatinya yang misteri.
Raline, pelakon jelita popular di Indonesia, mengakui sudah mempunyai seseorang istimewa. Dia bahkan pernah membawa kekasihnya ke sebuah acara penting yang turut dihadiri bekas Presiden Indonesia, namun lelaki itu memilih untuk kekal misteri.
“Mungkin ramai tak perasan, tapi dia ada bersama. Kami kongsikan momen istimewa sepanjang acara di media sosial, tapi dia minta saya padamkan gambar kami,” ujar Raline.
Menurut Raline, keputusannya ‘menyembunyikan’ hubungan ini bukanlah kerana rahsia, tetapi lebih menghormati permintaan lelaki tersebut yang pemalu.
“Bila tiba masa yang sesuai, tentu sahaja saya akan memperkenalkan dia kepada semua,” tambahnya lagi.
Siapakah jejaka bertuah itu? Peminat tentunya tidak sabar menantikan pendedahan Raline tentang identiti sebenar cinta hatinya.
Sumber: Kosmo!