Sabtu lalu ramai peminat K-pop terkejut melihat kemas kini di akaun Instagram milik bekas anggota Super Junior iaitu Henry Lau yang memberitahu dirinya berada di Jakarta, Indonesia.
Difahamkan menerusi entri tersebut, kehadiran Henry, 32, ke sana bukanlah atas urusan rasmi, sebaliknya untuk berlibur.
Selain itu, Henry turut dilihat memuat naik beberapa keping fotonya bersama pelakon, penyanyi dan hos, Prilly Latuconsina.
“Coffee and tea!!! With somebody named Prilly. Picture by the great @imanusman…” tulisnya di ruangan kapsyen.
Memberi respons terhadap hantaran tersebut, Prilly membalas di ruangan komen, “Thank you for the coffee Oppa.”
Sementara itu, Henry yang pernah muncul dalam program I Live Alone itu menulis kapsyen memaklumkan dirinya telah bertemu dengan seorang guru yang sesuai untuk mengajarnya menyanyikan lagu Terlalu Cinta iaitu Rossa Datuk.
“I think I found the perfect teacher for this song! What do you think?“ tulisnya merujuk fotonya bersama penyanyi terkenal berkenaan.
Henry yang merupakan pemain biola kemudian berduet dengan Rossa di bahagian korus lagu tersebut.
Selain bertemu dengan selebriti Indonesia, dia menggunakan kesempatan berada di sana untuk menikmati makanan tempatan di sekitar kota Jakarta dengan berjalan kaki.
Melihat kehadiran Henry, peminat tempatan berharap destinasi penyanyi dan komposer itu akan singgah di Malaysia. – BOOM!