Masih berada di New Delhi, India, menghadiri beberapa majlis di sana, timbul spekulasi liar mendakwa Jasmine Suraya telah bertukar agama.
Susulan dakwaan itu, Jasmine, 33, tampil bersuara menepis segala tohmahan yang mengatakan dirinya sedang mendalami serta menganut agama lain.
BACA: Jasmine Suraya Seronok Pelajari Agama Islam – “Bila Dah Ada Pegangan, Rasa Lebih Selamat”
“Saya ke India kerana bercuti setelah penat bekerja. Saya memang suka melancong jika ada masa lapang.
“Percutian saya kali ini lebih kepada merehatkan minda dan menerokai budaya serta tradisi masyarakat India.
BACA: Hadir Ke Majlis Agama Anjuran Neelofa, Jasmine Suraya Tertarik Dalami Islam
“Upacara yang saya hadiri itu bukanlah ritual keagamaan, sebaliknya hanya sekadar sesi mencari nafas baharu sahaja.
BACA: [VIDEO] “Saya Bangga Jadi Melayu” – Jasmine Suraya Buka Pintu Kaum Lain Jadi Pelakon
“Walaubagaimanapun, berdasarkan pemerhatian saya, menyaksikan kemiskinan yang berlaku di sana dengan mata kepala sendiri, saya percaya bahawa agama adalah landasan terbaik untuk membentuk jati diri manusia,” katanya berkongsi pandangan peribadi.
BACA: “Ingat Senang Ke Nak Buat Seks?” – Jasmine Suraya Alami Kesukaran Beraksi Di Ranjang
Sebelum ini Jasmine tidak pernah mendedahkan agama yang dianutinya, namun secara terbuka mengakui pernah menghadiri kelas agama Islam sebagai untuk menambah ilmu pengetahuan.
Kata Jasmine, dia dan pihak pengurusan sedang merangka perancangan terbaharu untuk memastikan dia aktif di laman sosial. – BOOM!