Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mengakui hanya mengetahui tentang penceraian adiknya Raf dan Mawar Rashid menerusi Instagram (IG) hari ini.
Menurut Fazley dia tidak menyangka pasangan tersebut akan berpisah san berkongsi mengenainya di IG.
BACA: Spekulasi Terjawab! Mawar Rashid Bercerai Dengan Raf Cara Baik
Sebelum ini menurut Fazley, sungguhpun tahu mengenai konflik rumah tangga adik-adiknya itu, dia tidak pernah mencampuri urusan mereka.
Sebaliknya memberi mereka ruang untuk menyelesaikan masalah sendiri.
“Saya tidak tahu mereka memilih perpisahan sebagai jalan. Saya tahu selepas ternampak di IG.
“Selama ini saya tahu mereka ada sedikit masalah tetapi saya tidak campur, sebaliknya memberi mereka ruang untuk menyelesaikannya.
“Namun sebagai ketua keluarga saya harap mereka diberi ruang untuk melalui perjalanan ini,” katanya.
Tambah Fazley lagi, dia yakin keputusan yang dibuat itu adalah atas perbincangan bersama demi kebaikan mereka berdua.
Desas-desus keretakan rumah tangga Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 28, mula menjadi bualan sejak Rabu selepas satu sumber mendedahkan pasangan ini perlu ke mahkamah syariah.
Mawar dan Raf disatukan sebagai suami isteri di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada tahun 2017.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan. – BOOM!