Selepas kecoh mengenai luahan perasaan isterinya, pelakon Hafidz Roshdi dilihat masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sebaliknya memuat naik hantaran sinis di laman sosial Instagram (IG).
Menerusi hantaran yang dimuat pada petang tadi (Khamis), Hafidz dilihat duduk mencangkung sambil memandang ke lantai dengan kapsyen berbaur sindiran.
“Tengah tengok komen kat bawah ke tu?” tulisnya.
Sejak petang tadi selepas luahan hati isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri menjadi tular netizen mula meninggalkan komen di IG Hafidz.
Kebanyakannya meluahkan rasa kesal dan tidak puas hati kerana tidak sangka pelakon tersebut tergamak melukakan hati isterinya.
Tinjauan BOOM! di IG Hafidz juga mendapati pelakon tersebut memuat naik video sedang melayan anaknya di rumah.
Terdahulu, media sosial dikejutkan dengan pengakuan isteri Hafidz yang mendakwa rumahnya diganggu seorang wanita.
Nurul Shuhada, turut mencabar mana-mana pihak untuk mendedahkan individu yang dianggap tidak malu melakukan perbuatan tersebut.
Dia turut memberi kenyataan sinis yang mengatakan wanita tersebut lebih ‘advanced’ berbanding Ira Kazar. – BOOM!