Sejak minggu lalu kecoh mengenai video tular babitkan Ismail Izzani bercium dengan seorang wanita di sebuah kelab malam.
Namun tidak semena-mena, ibu Ismail iaitu Datin Suliza Salam turut terpalit dalam kontroversi tersebut apabila mengaitkan penyanyi terkenal era 80-an itu.
“Untung la emaknya, ada anak kaki kelab,” komen seseorang.
BACA: Terpalit Kontroversi, Ismail Nafi Larikan Diri – “Tak Nak Buang Masa, Saya Mengaku Salah!”
Enggan berdiam diri, Suliza tampil bersuara membidas kata-kata biadab netizen yang dilemparkan terhadapnya.
“Anak kamu nanti belum tahu juga kan? Mengata anak orang memang seronok, akhiran hidup sesiapa belum tentu.
“Allah maha pengampun, bukan kata-kata orang yang akan ubah dia tetapi Allah,” balasnya.
Malah terdapat satu lagi komen yang terlalu biadab hingga membuatkan Suliza memberi maklum balas.
“Saya tengok anak makcik beromen di kelab. Anak makcik mesti baik kan?” tuliasnya.
Suliza yang kelihatan tenang cuma membalas, “Syukur Alhamdulillah, terima kasih atas tunjuk ajar dan teguran.
“Semoga Allah melindungi dan merahmati kamu dan dijauhkan daripada segala aib serta musibah.” – BOOM!