Sissy Imann, 30, melakar sejarah peribadi apabila dipilih sebagai hos Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), meskipun dikecam segelintir pihak. Penyanyi dan pengacara ini menganggap peluang tersebut adalah rezeki yang ditentukan Allah dan meminta sokongan peminat untuk memberikan yang terbaik.
“Saya faham akan ada reaksi pelbagai. Kun fayakun, bila Allah kata jadi, maka jadilah. Allah sudah berkehendak, ini semua berlaku atas doa ayah, ibu, dan penyokong saya. Bagi saya peluang ya semua, okey? Doakan saya, insya-Allah,” katanya menerusi Instagram.
Sissy meluahkan rasa syukur kerana impian menjadi hos AJL kini menjadi kenyataan. Sebelum ini, dia pernah mengacarakan Muzik-Muzik 36 dan menjadi hos karpet merah acara tersebut.
“Dalam hati, saya simpan impian besar nak jadi hos AJL, tapi hanya dapat jadi hos karpet merah. Itu pun saya rasa seronok. Rupanya Allah susun untuk AJL39. Ketika diberitahu, memang tak percaya, tetapi semua ini tidak datang mudah. Saya adalah hos yang TV3 pilih,” ujarnya.
Pada 16 Februari nanti, Sissy akan bergandingan dengan Naz Rahman untuk mengendalikan anugerah ini di Axiata Arena, Bukit Jalil. AJL39 akan menyaksikan 10 karya terbaik seperti:
– Diam (Hael Husaini)
– Puas Sudah (Aina Abdul)
– Hening Rindu (Marsha)
– Aura (Ernie Zakri)
– Terus Bersinar (Hafiz Suip)
– Pujaanku (Masdo ft. Aishah Aziz)
– Risiko (Benzoloo, Tuju & MK K-Clique)
– Sengaja (Amir Masdi)
– Saksama (Akim & The Majistret)
– Bukan Lagi Kita (Nadeera).
Penonton boleh menyaksikan AJL39 secara langsung di TV3 pada jam 9 malam atau melalui platform dalam talian seperti www.tonton.com.my. Tiket acara ini boleh didapati di www.wowtix.com.my.
Malam penuh bintang ini dijangka mencetuskan sensasi dengan persembahan hebat dari artis terkenal yang pasti memikat hati peminat muzik tanah air. – BOOM!