Suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr. Izzar Anwari, mencuri perhatian netizen kerana terus-menerus memberi sokongan penuh terhadap kerjaya seni isterinya. Terbaru, melalui Instagram, Dr. Izzar berseloroh bertanya kepada jenama tisu tentang kemungkinan melantik Ummi sebagai duta.
“Bila jenama tisu nak ambil Ummi aka Suri jadi duta ni? Jenuh dia menangis berbakul. Pitching saya sebelum ni tak jadi nampaknya. Kena cuba approach lain. Lantiklah Ummi Nazeera sebagai duta tisu anda untuk 2025,” tulisnya merujuk kepada watak Suri yang dilakonkan Ummi dalam drama Andai Tiada Dia, di mana Ummi banyak mengalirkan air mata.
Menurut Dr. Izzar, tisu adalah keperluan untuk mengelap tangisan yang mungkin berlanjutan sepanjang drama bersiaran.
“Bayangkan kuantiti tangisan yang akan dihasilkan oleh rakyat Malaysia sepanjang drama tersebut bersiar. Baik dari perempuan mahupun lelaki, mesti mereka memerlukan tisu yang banyak untuk mengelap tangisan dan hingus meleleh itu.” tambah Dr. Izzar lagi.
Di ruangan komen, Ummi sempat bergurau dengan bertanya kepada suaminya sama ada dia isteri yang baik seperti watak Suri.
Jawapan Dr. Izzar? Ringkas sahaja – “hmm.”
Netizen terhibur dengan gurauan pasangan ini, dan ramai memuji Dr. Izzar kerana sentiasa menyokong kerjaya seni isterinya sambil turut melabelnya sebagai suami yang kelakar dan sporting. – BOOM!