Pelakon Elfira Loy meluahkan perasaan bimbang apabila semakin ramai generasi muda berlumba-lumba melakukan cabaran tarian Wednesday di media sosial.
Melalui perkongsian Instagram, Elfira, 29, lagu Bloody Mary yang digunakan sebagai lagu latar itu mempunyai maksud berkaitan kepercayaan penganut Kristian.
“Sekiranya anda tidak membuat carian dalam Google mengenai lagu tersebut, inilah lirik tarian Wednesday.
“Jika anda rasa bagus untuk menari dan membiarkan budak-budak menari menggunakan lagu tersebut, Subhanallah, terpulang kepada anda,” katanya.
Sekadar info, lagu Bloody Mary nyanyian Lady Gaga itu memuatkan lirik yang menyebut perkataan seperti Jesus.
Terdahulu, penyanyi Lan Solo mengundang kecaman ramai apabila membiarkan anak perempuannya melakukan cabaran tarian Wednesday.
Hasil tinjauan Boom! Di TikTok Lansolo_fficial, rata-rata pengguna platform itu menasihatkan Lan agar memahami maksud lirik lagu tersebut terlebih dulu.
Cabaran tarian Wednesday itu bermula selepas drama dalam siri popular Netflix yang berjudul Wednesday meledak di media sosial. – BOOM!
Sumber: Kosmo