Pelakon Azhar Sulaiman secara rasmi mengundur diri daripada mempromosi UMNO kerana kecewa dengan kemelut dalam parti itu.
Katanya, dia berasakan sudah cukup segala usaha yang dicurahkan untuk memastikan kejayaan berterusan dalam parti berkenaan.
“Mami sudah letih. Tidak habis-habis ada kemelut dalam UMNO ini. Tiba masanya untuk saya mendiamkan diri pula. Saya sudah tidak mahu masuk campur lagi.
“Saya sudah melakukan bahagian saya sekurang-kurangnya untuk orang Melayu.
“Selamat maju jaya kepada UMNO. Mami secara rasmi berhenti daripada menjadi promoter bebas UMNO bermula hari ini,” katanya.
Pada masa sama, Azhar menghalalkan segala bakti yang ditabur semasa berkempen untuk gabungan itu.
“Selama ini Mami telah berkempen untuk UMNO dan BN secara percuma. Mami halalkan segala usaha Mami lakukan untuk mereka,” katanya.
Bagaimanapun, Azhar berkata, dia sudi menerima jemputan daripada parti lain sekiranya mereka ingin menggunakan khidmatnya dan anak Kasih Iris Leona. – BOOM!