Pelakon berbakat Ummi Nazeera mengumumkan bahawa dia bakal berehat seketika dari dunia lakonan selepas selesai penggambaran drama bersiri TV3, Teratak Kasih Salina (Rindu Kasih 3).
Menerusi perkongsian di Instagram, Ummi meluahkan rasa syukur kerana proses penggambaran berjalan lancar dan memaklumkan drama tersebut bakal ditayangkan pada Februari ini.
“Penggambaran dah selesai. Nantikan Rindu Kasih 3 Februari nanti!” tulis Ummi dalam kapsyennya.TV
Peminat yang membanjiri ruangan komen meluahkan rasa tidak sabar untuk menyaksikan kesinambungan drama tersebut, apatah lagi barisan pelakonnya yang cukup hebat.
Dalam masa sama, netizen turut menitipkan ucapan agar pelakon berusia 34 tahun itu berehat dengan sebaiknya selepas sekian lama aktif dalam industri seni.
“Kami tak sabar nak tengok, tapi semoga Ummi dapat rehat secukupnya,” kata seorang peminat.
Teratak Kasih Salina menjanjikan kisah menarik yang penuh emosi untuk terus memikat hati penonton. – BOOM!