Pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu akui anak-anak ada bertanyakan tentang hubungannya dan Watie Hanifiah.
Shuib berkata, antara soalan yang terpaksa dijawab ialah mengenai persepsi orang terhadap hubungan rapatnya denga wanita tersebut.
“Selepas gambar (pantulan imej Watie di cermin) tu tular, mereka okay…Sudah tentu la mereka dah lama tahu (hubungan) kan.
“Cuma mereka ada tanya kenapa orang tak suka auntie? Apa salah dia?…Benda-benda macam tu la…Tapi bila benda dah semakin tular dah orang dah mula tahu, Talita cakap “haaaaa orang dah tahu….”, macam tu je lah,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media The Masked Singer Malaysia 3 (TMSMY3) baru-baru ini.
Selain itu Shuib turut memberitahu akan bertemu ‘kembarnya’ anggota Malaysia Battalion (MALBAT) 850-9, Leftenan Komander Mohamad Khairul Anuar Md Halim dalam masa terdekat.
“Saya dah berhubung dengan dia dan masih dalam usaha mengatur pertemuan kami. Kalau dapat, nak bawa dia ke radio Suria fm.
“Dia ada kata cuti sekolah ini bolehlah bawa anak-anak dari Lumut ke Kuala Lumpur. Saya memang nak sangat berjumpa dia. Saya teruja dan bangga sebab ada orang muka macam saya. Dia berani muka macam saya tau,” katanya berseloroh.
Terdahulu, Shuib berkongsi foto Muhamad Khairul di Instagram dan meminta bantuan netizen untuk menjejak lelaki tersebut.
Dalam pada itu Shuib turut menepis dakwaan berita tular mengenai dia dan Mohamad Khairul Anuar sengaja ditularkan untuk menutup cerita tentang hubungannya dan Watie.
“Tak adalah, benda tu kan kebetulan je. Lepas tu Kak Lin (DJ Lin) pula tengok terus dia tanya tak mahu bawa ke radio ke? Tak adalah nak tutup…Nak tutup apa…Saya okay je..,” jawabnya. – BOOM!