Teka-teki mengenai status hubungan pelakon Atikah Suhaime akhirnya terjawab selepas dia memaklumkan sudah megikat tali pertunangan dengan lelaki pilihan hati pada Disember tahun lalu.
Menurut Atikah, 33, dia bakal mendirikan rumah tangga bersama kekasihnya yang juga seorang usahawan dikenali sebagai Datuk Lokman Teh yang akan berlangsung pada Ahad depan, 21 Januari.
Bersyukur hubungan mereka bakal berakhir sebagai suami isteri, Atikah turut memohon doa orang ramai supaya urusan perkahwinannya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.
“Doakan saya semoga dipermudahkan,” ujarnya.
Pada pagi Jumaat, Atikah berkongsi satu hantaran di Instagram memaklumkan dia kini sudang bertunang.
Menerusi kapsyen, Atikah juga berkata dia sudah bersedia mendirikan rumah tangga.
“Are you ready? Let’s go! Satu minggu lagi. InsyaAllah,” katanya.
Atikah sebelum ini ketika ditemui media berkata Lokman mempunyai segala ciri-ciri lelaki yang diingininya.
Atikah menyifatkan Lokman sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab dan dia berasa tenang apabila berada di sisi tunangnya itu. – BOOM!
Sumber: MSTAR