Usahawan kosmetik Safiey Illias sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila berkongsi potongan video seperti sedang menjalani ritual.
Menerusi video tersebut, kedengaran suara Safiey dan seorang lelaki membaca mantera dalam bahasa Thai sambil mengikat tali kuning dipergelangan tangan (Safiey).
Lelaki tersebut yang dipercayai seorang bomoh turut menggerakkan jari di atas tas tangan Safiey seperti sedang menulis sesuatu.
Menerusi ruangan komen rata-rata warganet mengecam tindakan Safiey yang dianggap tidak sensitif dan seperti sengaja mempermainkan agama.
“Nak perhatian or glamour pun jgnlah buat benda-benda bodoh cammi semua. Lagi-lagi bab agama ni janganlah buat main walau jahat macam mana sekalipun kita ni,” tulis seorang pengikut.
Ada juga yang menasihati Safiey supaya bertaubat kerana mempercayai bomoh atau pawang adalah perkara Syirik yang merupakan dosa besar dalam agama Islam.
“Astaghfirullah-haladzim. Subhanallah. Safiey Illias, mengucap awak. Ya Allah kenapa sampai macam ni awak. Bertaubat awak. Ya Allah, ujian ni untuk dia atau ujian ni Kau turunkan untuk kami. Lembutkanlah hati dia ya Allah. Kurniakan lah hidayah buat nya. Amin,” nasihat seorang pelayar laman sosial.
“Marketing ape lagi dia nak buat? Nk mintak viral jer sebenarnya ni ..Perbuatan kau dah jatuh syrik dah ni Safiey…Ditayang pula kepada umum. Semoga engkau dapat pengajaran sebenar-benarnya dari Allah SWT,” tulis yang lain pula.
Terdahulu menerusi hantaran berbeza, Safiey turut memuat naik foto yang menunjukkan bahagian belakang tengkuknya yang terdedah dengan tulisan Thailand di atasnya. – BOOM!