Semenjak Pakatan Harapan diberi mandat menerajui kerajaan baharu pada penggal ke-14, sebilangan artis kian terbuka mendedahkan keakraban mereka bersama para pemimpin atau ahli keluarga ahli politik.
Misalnya di media sosial, ramai artis memuat naik entri dan foto mengimbas nostalgia mereka sejak sekian lama.
Mengimbas kembali memori 2018 tatkala julung kali barisan pemimpin pembangkang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim memerintah negara, Fara dicabar meniru gaya anak ketua pembangkang, Nurul Izzah.
Meskipun telah diberi peluang berkali-kali tetapi kurang menjadi. Lalu, netizen mula meminta Fara menjemput Nurul bagi membuat tutorial gaya pemakaian tudung.
Fara juga cuba pernah mengusik Nurul dengan memuat naik foto lucunya mengupas durian.
Kemesraan mereka pada ketika itu sudah menarik perhatian netizen dan mahu Nurul muncul dalam rancangan FBI Live tersebut.
Melihatkan aksi bersahaja dan santai Fara menyapa Nurul di akaun Instagram, peminat mulai tertanya-tanya status hubungan mereka yang seakan-akan sahabat baik.
Fara juga memuat naik foto bersama Nurul dengan kapsyen Assuntarians, kesatuan para alumni bagi bekas pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Assunta di Petaling Jaya. – BOOM!