Menerusi hantaran di Instagram, Fasha Sandha memaklumkan perkhabaran duka selepas terlibat dalam satu insiden tidak disengajakan sewaktu menjalani pengambaran drama Anak Tuan semalam.
Ketika sedang melakonkan adegannya dibantai oleh rakan lakon iaitu Azhan Rani, Fasha tiba-tiba tergelincir lalu mengakibatkan kepalanya terhentak pada bucu katil yang tirus.
Impak kejadian, tulang mata kiri aktres itu mengalami keretakan manakala bebolanya menampakkan kesan cedera.
Justeru, pelakon wanita berkenaan terus dikejarkan ke pusat perubatan terdekat di Johor Bahru, Johor bagi mendapatkan rawatan.
Rasa bertanggungjawab atas kejadian yang berlaku, pihak produksi telah membuat permohonan maaf kepada Fasha serta ahli keluarganya.
Namun pelakon terbabit enggan menyalahkan sesiapa kerana ia berlaku di luar jangkaan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen termasuk rakan artis turut bersimpati dengan kemalangan menimpa Fasha dan mendoakannya agar cepat sembuh. – BOOM!