Penyanyi dangdut terkenal, Amelina Amir tidak menjangka dirinya digelar pondan gara-gara beraksi menari di aplikasi Bigo.
Katanya yang lebih selesa membahasakan dirinya Along, tanggapan dilemparkan itu mungkin datang daripada segelintir pengikut yang tidak mengenali dirinya.
“Orang melihat Along, mereka jadi tidak pasti adakah ini penyanyi dangdut Amelina ataupun bukan. Along hanya mampu tergelak sahaja apabila ada yang berkata demikian.
“Ya lah, zaman sekarang saya akui memang Along sendiri pun susah nak bezakan antara wanita tulen atau pun tidak,” ujarnya berseloroh.
Amelina, 47, berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Karaoke Superstar yang diadakan di sebuah kompleks beli-belah di Kuala Lumpur semalam.
Dalam pada itu, mengulas keinginan kembali berumah tangga, penyanyi Memori Daun Pisang itu mengakui dia sebenarnya lebih gemar mengambil pendekatan usah perigi mencari timba.
Jelasnya, dia lebih selesa didekati, bukannya mendekati lelaki terlebih dahulu.
“Kalau boleh biarlah lelaki yang datang mendekati. Along memang tidak pandai (nak mengorat). Along pun kurang keyakinan sebenarnya.
“Mungkin orang lelaki akan ingat Along garang. Tetapi sebenarnya sudah habis manja dibuat, sampai kadang-kadang ada orang anggap Along bukan wanita tulen ketika muncul di Bigo,” tuturnya.
“Mungkin orang lelaki akan ingat Along garang. Tetapi sebenarnya sudah habis manja, sampai kadang-kadang ada orang anggap Along bukan wanita tulen ketika muncul di Bigo,” tuturnya.
Malah katanya, disebabkan masalah rabun mata dihidapi turut menyukarkan dia untuk mendekati seseorang yang tidak dikenali.
“Ifa Raziah dan Mas Idayu sampaikan kepada saya bahawa ada pihak menuduh saya sombong padahal sebenarnya saya rabun mata.
“Saya ingat mereka tidak peduli untuk bercakap dengan saya padahal sebaliknya pula,” katanya. – BOOM!