Penyanyi Andi Bernadee terpaksa menghentikan persembahannya selepas diserbu penonton ketika menjayakan Sambutan Hari Malaysia 2022 peringkat Negeri Sarawak pada Jumaat.
Menerusi video yang tular dalam media sosial itu, Andi didapati sukar meneruskan nyanyiannya selepas penonton menaiki pentas beramai-ramai.
Namun begitu, Andi dilihat tetap tenang dan berjaya mengawal keadaan dengan komunikasi yang baik kepada para peminatnya.
“Ok stop kejap. Sabar ya Allah, saya pun rindu orang dengan orang Bintulu. Jangan naik. Kita last jumpa 2019, ada tak orang di sini yang datang masa tu?
“Depan ni ada api tau, sebab tu tak boleh rapat dekat situ, belakang lagi… bahaya!” katanya memberi amaran.
Rata-rata netizen juga memuji Andi yang dilihat mampu mengawal keadaan serta profesional melayan peminatnya. – BOOM!