Di media sosial, beberapa selebriti tanah air menzahirkn rasa amarah mereka terhadap penularan satu video memaparkan seorang pelawak komediri (stand-up comedy) wanita yang mempersendakan Melayu dan Islam.
Dipercayai bertempat di sebuah restoran dinamakan Crack House Comedy Club di ibu kota, wanita terbabit dilihat membuat persembahan solo lawak jenakanya di hadapan pengunjung di situ.
Menurut pengacara dan pensohor media sosial terkenal iaitu Iesya Toh, penganjur acara di restoran berkenaan dikatakan sering menjemput barisan pelawak komediri dari pelbagai latar belakang.
“Saya dan kawan-kawan pernah kunjungi tempat ni.
ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Akui Islam, Pelawak Wanita Separuh Bogel Rasa Tak Bersalah Dengan Tindakannya
“Cukuplah, memang kami tak lalu nak saksikan lawak jenaka mereka di situ,
“Intipati dipertontonkan mereka seolah-olah memerli agama Islam dan bangsa Melayu,” dedahnya di akaun Instagram.
Terdahulu, tular sebuah video menyaksikan pelawak terbabit berjenaka mengataka dengan bangga telah menghafal sebanyak 15 juzuk al-Quran.
Sejurus memulakan persembahan, dia mula melucutkan pakaiannya satu persatu sehingga yang tinggal hanyalah bra dan seluar dalam sahaja.
Tambah Iesya, dia berharap badan-badan berwajib segera mengambil tindakan memandangkan aktiviti di restoran terbabit telah diadukan kepada pihak berkuasa. – BOOM!