Semenjak BOOM! melaporkan kisah percintaannya bersama seorang gadis kira-kira dua bulan lalu, rapper terkenal, MK K-Clique kini kian terbuka untuk berpacaran di depan khalayak.
Kelmarin, kelibatnya yang hadir ke rumah terbuka sempena Aidilfitri di sebuah dewan di Cheras, Selangor mengundang perhatian tetamu lain yang berada di situ.
Seorang pengguna aplikasi TikTok bernama @sugardoll.finie telah memuat naik satu video memaparkan MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan, 26, tidak bersendirian, sebaliknya ditemani seorang gadis.
“Ada yang patah, bukan kayu tetapi hati,” tulis kapsyen video berdurasi 19 saat berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Betul Ke Ramai Peminat Wanita Patah Hati Lihat Foto Mesra MK K-Clique Dengan Gadis Misteri?
Lebih membuatkan peminat wanita kecewa sementelah melihat jejaka berasal dari Sabah itu memimpin tangan gadis yang dipercayai bernama Siti Hajar, selain turut tampil sedondon mengenakan busana tradisi berwarna hitam.
“Kalau macam ni gayanya, bukan hati saja patah, spek mata pun terpatah dibuatnya.” – @irisjunita
“Aku dah nikah, tapi kenapa terasa broken jugak?” – @nrsyahidawani19
“U jangan call I lagi, jangan cari I!” – @nrsylaimiahza
Sedar dirinya mencuri tumpuan, pelakon drama The Hotel itu hanya melemparkan senyuman dan menunduk hormat ketika berjalan di tengah-tengah laluan dewan sambil aksinya dirakam tetamu lain.
Artikel berkaitan: [VIDEO] “Mahu Jaga Batas Dan Elak Fitnah” – Alasan MK Rahsiakan Hubungan Cinta
Terdahulu, MK memberi bayangan seolah-olah hatinya sudah dimiliki oleh seorang berdasarkan satu posting bergambar dikongsikannya pada 24 April lalu. – BOOM!