Belum pun reda gosip mengenai aktor dan aktres popular kantoi bercium di kelab malam, timbul pula kontroversi mengenai anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim yang didakwa mengganggu rumah tangga orang lain.
Sejak semalam, tular di laman sosial X (Twitter) seorang wanita mendakwa anak kedua Abby dan Norman, Marissa Dania Hakim ‘penyondol’ rumah tangga yang dibina sejak tiga tahun lalu.
Menurut wanita dikenali sebagai Misya itu, dia sepanjang perkahwinan dia memiliki dua orang anak yang masih kecil berusia 2 tahun dan setahun.
Dakwanya, kebahagiaan yang dibina hancur sekelip mata dengan kehadiran orang ketiga dan menyebut nama Marissa.
Menerusi bebenang di yang ditulis, Misya turut mendakwa mempunyai bukti suaminya yang dikenali sebagai Aslam membuat tempahan hotel bersama Marissa berdasarkan alamat emel yang tertera.
Katanya lagi, sebelum ini Marissa pernah memohon maaf dan berjanji tidak akan mengganggu rumah tangga mereka, namun perkara tersebut hanyalah pembohongan
Selain itu, Marissa juga dilihat telah menyahaktifkan laman sosial Instagramnya, seperti yang dipaparkan Misya menerusi bebenang di X. – BOOM!