Semalam telah berlangsung konsert penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bertempat di Dewan Plenary KLCC.
Namun selepas tamat konsert berkenaan, Siti telah memuat naik status di media sosial memberitahu bahawa ibunya, Siti Salmah Bachik, 70, dijangkiti virus Covid-19.
“Balik bilik tengok telefon bimbit, dapat berita mak kena Covid. Dapat cakap dengan mak baru lega. Mak cuma sakit badan sikit, batuk tak teruk. Alhamdulillah.
“Ya Allah jagakan wali keramat saya. Doakan Mak Salmah segera sembuh. Mak kuat,” tulisnya.
Siti akan sekali lagi beraksi di tempat yang sama hari ini demi melunaskan tanggungjawabnya untuk menghiburkan para peminat sempena konsert yang diberi nama Music Of Soul selama dua hari berturut-turut.
Ketika ini negara sedang berhadapan dengan peningkatan semula kes Covid-19 dengan rekod 4000 kes dilaporkan setiap hari sejak seminggu lalu. – BOOM!