Perkongsian Zoey Rahman baru-baru ini di platform media sosial menangkap mata para pengikutnya apabila pelakon itu menayangkan bentuk tulang selangkanya yang disifatkan seksi.
Menerusi video dimuatnaiknya itu, Zoey dilihat tidak memakai baju, namun badannya ditutupi sejenis filter.
Kemudian, pengasas produk Mika Series itu beranjak sedikit ke belakang sambil mengangkat ‘kepaknya’, lantas mendedahkan sebahagian dada dan lehernya yang mulus tetapi berotot.
Gara-gara itu, timbul pelbagai reaksi dalam kalangan peminatnya yang memperkatakan tentang keseksian tubuh jejaka berusia 37 tahun itu.
Antara komen yang kedengaran sedikit lucu dan menarik, mereka memuji betapa putih dan bersihnya ketiak Zoey yang jelas kelihatan.
“Menguji keimanan sungguh!” – tulis seseorang.
“Alamak, gugur imanku.” – usik pengikutnya.
“Licinnya ketiak…” – puji yang lain pula.
“Suka tengok ketiak u, bersih…” tambah peminat lain.
Bahkan, ada juga warganet yang menyamakan wajah kacak Zoey atau Mohd Hairey Azhar dengan aktor popular Thailand iaitu Apo Nattawin. – BOOM!